Saturday, July 4, 2009

MULAKAN LANGKAHMU

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, setelah sekian lama memendam perasaan untuk menulis blog, akhirnya terciptalah blog yang bertajuk "SafarKu di Bumi Syam" ini. Hopefully I will continue writing selagi mana diberi ruang dan peluang dari-Nya, insyaAllah...

Baiklah, sebelum saya memanjangkan lagi kalam saya, biar saya menjawab soalan berikut:

MENGAPA SAYA MENULIS BLOG?


Secara jujurnya, saya bukanlah orang yang pandai bermadah kata, pandai buat ayat bunga2, pandai menyusun bahasa, saya menulis blog ini atas tujuan untuk berkongsi pendapat dan idea, dan bukannya untuk membuang masa. Di sini jugalah wadah untuk saya menyampaikan dakwah tetapi perlu diingat, saya hanyalah seorang manusia biasa yang penuh dengan kesilapan dan sering alpa dengan kelalaian. Sebab itulah kita disuruh untuk senantiasa menegur sesama kita agar kita dapat sama2 muhasabah diri seterusnya memperbaiki kelemahan yang ada.

"Berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"
~Surah Al-'Asr:3

Mungkin ada di antara kamu yang membaca blog ini akan memberikan reaksi sebegini:

"Acad buat blog?! Tak caye la aku!!"

"Hek eleh...orang buat blog dia pon nak buat jugak..poyo la!!"

"Ala...sekejap je tu dia...lama2 dia dah tak update la blog dia tu"

Well sahabat2 sekalian, perjalanan beribu2 batu bermula dengan langkah yang pertama. Seandainya kita sudah tahu perjalanan yang akan kita tempuhi itu beribu batu panjangnya, tetapi sekiranya kita tidak mengambil langkah pertama, sampai bila2 kita takkan sampai ke destinasinya. This is my first step towards my thousands mile journey. Saya tahu, ramai di antara sahabat2 yang sudah memiliki blog buat sekian lama, ada berpuluh2 followers, bertimbun2 entry, siap ada website sendiri lagi. Apa yang saya harapkan ialah sokongan dan dorongan daripada kalian agar saya sendiri dapat sampai ke tahap seperti kalian juga, insyaAllah...

"Orang lain dah ada blog lama dah. Kenapa baru sekarang ko nak buat?"

Haa...ada banyak explaination sebenarnye kenapa baru sekarang terpikir nak buat blog ni. Yang pertamanya, rumah yang saya duduki sekarang ni baru ada internet. Terima kasihla kepada wi-tribe yang membolehkan saya untuk online without a line. Tak payah la lagi lepas ni nak merempat and merengek kat rumah orang lain utk dapatkan internet...huahua

Yang keduanya, baru sekarang saya ada minat untuk menulis blog. Before this, blogging is not my cup of tea. I admit, there still some parts of me that keep telling me not to write this entry, and that parts have been infected with a very deadly virus called MALAS. But now alhamdulillah, setelah mengambil Acyclovir RAJIN, that virus has been thrown away from my system....I hope after this I won't get infected again.


Baiklah, for my very first entry, saya ingin mengajak sahabat2 sekalian untuk berfikir. Fikir tentang apa? Fikirkan tentang diri kita sendiri.

Memetik kata2 lecturer Natural Resources saya, Doktor Muhammad Alrababah, "Humans are the only creature with mind. With that mind, they can think and after that they can react and take action in order to maintain the natural resources". Kata2 beliau membuatkan saya berfikir sejenak, itulah sebenarnya tugas kita sebagai manusia iaitu untuk menjadi khalifah di bumi Allah.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"~Al-Baqarah:30

Tetapi, kita seringkali terlupa, seringkali terleka, seringkali alpa akan tugas kita sebagai khalifah. Pelbagai kemungkaran dan kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini. Maksiat berleluasa di sana sini, malah terkadang orang yang melakukan maksiat ini tidak lain dan tidak bukan adalah sahabat kita sendiri. Saya pasti, kita semua sedar dan tahu akan perkara ini. Tetapi, apakah tindakan kita untuk memastikan bahawa perkara sebegini tidak akan berlaku lagi??

Sama2 kita fikirkan, moga2 kita sama2 mendapat manfaat...insyaAllah...

~Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri~

p/s: my blog is still under construction, but feel free to leave any comment and suggestion, I'll appreciate it.

Wassalam

16 comments:

hudhud said...

assalamualaikum wbt..
x sangka jadik org pertama plak komen..
btw,didoakan anda maju jaya dlm bidang penulisan nih..sekadar memetik kata2 hamka,tokoh masyhur nusantara..

"untuk menjadi seorang penulis yang berjaya,anda perlu lebih banyak membaca drpd menulis"

kata2 beliau selari dgn wayhu agung pertama yang menjadi penghubung terus antara Pencipta dan hamba..surah al-Alaq ayat 1-4, dimana terdapat perintah membaca pd ayat 1 dan 3 dan perintah menulis pd ayat 4..so,trskan tarian pena anda..sy mendoakan yg terbaik utk sume sahabat2 seperjuangan termasuk anda..

"In ALLAH alone, let those who trust put their trust"

Naqeb Sulaiman said...

salam. teruskan usaha. :)

wna said...

Langkah permulaan yang baik....

Insan sebegini sangat2 diperlukan di saat dunia islam sangat tenat..

Teruskan menyumbang untuk ummah...

dR ArshaD said...

terima kasih atas komen2 kalian...insyaAllah diri ini akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan...

hani said...

salam
tahniah di atas penghasilan blog ini.. semoga Allah mengurniakan idea2 yg bernas buat dR. untuk terus menghasilkan entri yg bermanfaat buat semua

aleeya said...

aku sokong ko, jngan risau. Truskan niat yg tulus inih=)

dR ArshaD said...

tq aleeya....
really appreciate it...:)

piek said...

aku pon nk buat satu gak la..
cam best..ahaks

nusaybah said...

didoakan semoga terus thabat.

anda bertanggungjawab dengan apa yang anda tuliskan seperti mana anda bertanggungjawab terhadap apa yang anda katakan.

menantikan suatu kelainan yang mampu mengubah~

atiqahdahalan said...

assalamualaikum.

tahniah arshad, welcome to the so-called-blogosphere. mudah2an adalah ganjaran Allah untuk usaha anda ini.

dR ArshaD said...

wslm...

syukran diucapkan....mudah2an ada ganjaran untuk anda juga wahai one...

Fadhil said...

Salam Along,

Good opening post. Keep it up.

dR ArshaD said...

wslm...

thanks abah...owh, by the way, happy birhday to you...:)

Ain Mardhiah said...

salam

ahlin arshad~ semoga dapat tambah pengalaman 'mengajar dan belajar' sambil mencari pahala melalui tulisan. keep it up! =)

zamzam said...

gudluck :)

Kama At-Tarawis said...

Salaam Arshad

Welcome to blogworld. You have a good start in your dad, a careful, detailed writer whose jottings are pleasing to read.

Good mukadimah too, congrats! Jangan lupa update selalu tau..

Makcik Blogger (a.k.a. auntie) Puteri