Wednesday, September 2, 2009

KEBERADAAN DI BAHRAIN

Salam....

Alhamdulillah, saya telah selamat sampai di Bahrain. Saya bersama tiga orang lagi iaitu Senior Syafiq Ali, Junior Afnan serta Sis Maisarah Zamzuri tiba di airport Bahrain hampir pada waktu maghrib. Kami berbuka di surau airport, usai berbuka kami tunaikan solat maghrib dan solat isyak jamak taqdim. Ketika entry ini sedang ditulis, kami sedang menunggu gate untuk dibuka, sementara menunggu itu saya berpeluang untuk connect internet dengan menggunakan perkhidmatan WLAN yang disediakan.

Ketika di dalam penerbangan, saya rasa sangat lapar memandangkan ada juga penumpang yang non-muslim menikmati makanan. Bau harum makanan itu sedikit sebanyak menyebabkan saya terliur juga. Walau apapun, itulah dia dugaan orang yang berpuasa. Kita bukan setakat berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi anggota2 badan yang lain juga turut berpuasa. Lantas, saya melupakan nafsu makan saya itu dengan melelapkan mata sambil2 lidah berzikir bertasbih, bertahmid, dan beristighfar kepada Zat Yang Maha Esa.

Sebelum turun dari kapal terbang, krew penerbangan Gulf Air memberikan juadah iftar kepada mereka yang berpuasa. Alhamdulillah, ada la juga makanan dalam flight yang dapat kami rasa.

Baiklah, sekain dahulu. Nanti saya sambung di Malaysia....

Wassalam...

AKHIRNYA.....AKU BEBAS JUA

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....

Setelah begitu lama saya tidak update blog saya nie, akhirnya pada malam ini Allah telah memberikan saya kesempatan untuk meneruskan proses pengupdatean SafarKu dI BumI Syam ini.

Sebelum saya memanjangkan lagi penulisan saya, saya ingin memohon jutaan kemaafan, really2 sorry, alf afwan, sumimasen kepada anda yang membaca blog saya. Saya sedar akan betapa lamanya saya tidak menulis apa2 dlm blog ni. Ramai antara sahabat2 saya yang mengomel...."Acad, bila ko nak update blog ko?"..."Abang Acad, saya tengok blog abang tak update pape pon...update la"...maaf ye sahabat2 sekalian. Saya tahu saya sudah melukakan hati anda semua...insyaAllah saya akan teruskan penulisan saya, bersama berkat doa daripada kalian.

Alhamdulillah, kini saya bebas, bebas dari tahun dua pengajian dan akan melangkah masuk ke tahun ketiga. Dua ataupun tiga hari yang lalu, saya menyemak markah final exam saya bagi summer sem di website JUST. Markah bagi subjek Immunology dan Natural Resources sudah pun keluar. Alhamdulillah, setelah dimasukkan markah immune dalam kiraan muaddal tahunan saya, saya melepasi had minimun untuk melepasi tahun dua. Manakala bagi subjek Public Health pula, apa pun markah yang saya dapat akan menaikkan muaddal tahunan saya...target saya untuk mendapatkan muaddal tahunan lebih daripada 70...harap2 kalau tak dapat tahun ni, saya akan berusaha untuk tahun hadapan, insyaAllah.

Saya menulis entry ini pada malam terakhir saya di Jordan sebelum saya berlepas pulang ke negara tercinta, Malaysia. Alhamdulillah, Allah telah memberikan saya kesempatan untuk saya pulang beraya bersama keluarga di tanah air. Terasa sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik, kita sudah pon selesai minggu pertama Ramadhan. Bagaimanakah kita telah mengisi masa Ramadhan kita semasa hari2 tersebut? Adakah ibadat puasa kita, solat tarawikh kita yang kita lakukan benar2 ikhlas untuk Allah s.w.t ataupon kita sekadar mengikut tradisi...sampai je Ramadhan, kita kena puasa, sampai je Ramadhan kita kena solat tarawikh?? Saya ingin mengajak anda semua untuk menghayati sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi:

Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu moga-moga kamu bertaqwa
Kalau dapat kita lihat, Allah meletakkan di hujung ayat kalimah "la3alla" yang membawa maksud "moga2". Tidak semestinya dengan kita berpuasa, kita akan menjadi orang yang bertaqwa.

"Kalau macam tu, penat jela kita puasa tapi tak dapat ape2!!"
.

Ya...seandainya puasa yang kita jalankan itu hanya sekadar mengikut tradisi Ramadhan, tidak disertakan dengan niat yang ikhlas, tidak mengerti hakikat dan tujuan sebenar Ramadhan dan puasa....maka puasa itulah yang sia2, malah orang tersebut yang berpuasa tidak mendapat apa2, melainkan penat, lapar dan dahaga.

Emm...jam telah menunjukkan pukul 4 pagi waktu di Irbid. Saya harus berhenti di sini untuk bersahur. Setelah itu, saya akan mengemaskan beberapa lagi barang untuk berangkat pulang ke Malaysia. InsyaAllah, sampai di sana nanti saya akan meneruskan penulisan saya, mungkin akan menceritakan tentang perbezaan suasana Ramadhan di Malaysia dan di Jordan.

Wassalam...

nota kaki:

JUST : Jordan University of Science and Technology
muaddal : peratusan

Sunday, August 9, 2009

MAAF SEMUA

Salam...

Pertama2nya...sya ingin minta maaf kepada semua sahabat2 yang membaca blog saya ni sbb mmg dh lama sya tak update....bebanan study and kerja persatuan sedikit sebanyak menghalang sya untuk mengupdate dgn lebih kerap...

Baiklah...entry kali ini ringkas sahaja...

RAMADHAN...

Ramadhan akan tiba tidak lama lagi
Bagaimana pula dengan persediaan kita??

Saya sedang membaca entry blog seorang sahabat saya mengenai fenomena azan, lalu saya klik pada link yang diberi....tetiba hati kecil saya ini pantas bersuara nk search video pasal imam2 besar kt masjidil haram....

Selesai sahaja melihat video ini, saya langsung terus bermuhasabah diri....bagaimana syeikh Su'ud As-Shuraim tersebut, hanya dengan bacaan Al-Fatihah sahaja beliau boleh menangis teresak2...lafaz "Maliki yaumiddin" telah menyebabkan beliau teringatkan peristiwa hari kiamat yang pasti akan berlaku...peristiwa dahsyat yang akan menghancurkan semua kehidupan di dunia lalu kita dibangkitkan semula untuk dihisab amalan2 kita....saya pasti beliau terlalu takut akan peristiwa hari kiamat sehingga mengalir airmatanya

Kita pula bagaimana sahabat?? Takutkah kita??

....Sama2 kita bermuhasabah diri....ahlan ya Ramadhan....

Wednesday, July 22, 2009

TEST YOUR ENGLISH

Answer the following question without looking to any references....be honest ah!!!

1. How to spell rabbit without the letter "R"?
-2nd year medical and dental students are not allowed to answer this question-

2. How to spell graveyard without the letter "G"?

3. Which of these sentences is correct?
Ahmad is better than me or Ahmad is better than I am

4. Whose quote is this?
"Truth begins in lies...think about it"

5. If people from Poland are called Poles, then people from Holland should be Holes and the Germans, Germ. True or false?
-this question is just a joke...haha...hilarious!!-

Submit your answers at the comment box below. TQ...

-sorry, takde idea sebenarnye nk tulis ape...exam is just around the corner...doakan kami semua berjaya insyaAllah-

Sunday, July 12, 2009

TERHANGAT DI PASARAN

Tahniah...tahniah ....dan tahniah!!!

1. Tahniah diucapkan kepada AJK program MEKAR dan juga Mesyuarat Agung MPPMJ yang baru sahaja dilangsungkan di Mafraq pada 10 & 11 Julai tempoh hari.

Alhamdulillah, program MEKAR dan AGM MPPMJ telah selamat dijalankan dengan penuh jayanya. Saya sebagai individu yang turut serta dalam program ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ajk2 yang terlibat kerana telah memberikan kerjasama serta komitmen yang baik sepanjang program ini dijalankan. Secara jujurnya, saya merasa agak kagum dengan pelaksanaan program ini dari awal hingga habis program.

Kami pelajar2 dari Irbid mula bertolak ke Mafraq pada malam hari Khamis around 8:30 o'clock (I think). Ketibaan kami disambut mesra oleh ajk penempatan, sampai sahaja di sana, kami di bawa oleh mereka terus ke penempatan yang disediakan. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Mafraq, specifically Universiti Al Al-Bayt. Kami ditempatkan di Sakan Tolibat di sana, dan saya difahamkan sakan ini tiada pelajar yang duduk kerana lokasinya yang agak jauh daripada dewan kuliah dan tempat2 lain. Terdetik juga di dalam hati saya, "Xde student ke yang duduk sakan nie, bukan ke ni sakan universiti?". Tapi xpelah, kalau takde orang yang duduk, kami pon duduklah kat situ. Alhamdulillah, tempat tinggal yang disediakan sememangnya sangat selesa....terdapat juga pelajar2 from Mu'tah yang sampai dahulu sebelum kami, sempat juga saya bersalaman dan bertegur sama dengan beberapa orang sebelum saya bergerak masuk ke dalam bilik.

Saya ditempatkan bersama team debat from Irbid yang diwakili oleh Naqeb, Afiq Muiz, Abdullah Azzam and Faiq Nabil. Sebelum tidur, sempat juga mereka berbincang mengenai tajuk2 yang akan dipertandingan pada hari esoknya. Mereka menggarap idea, membuat latihan, mempertajamkan hujah, sehingga membuatkan saya sukar untuk melelapkan mata dek melihatkan semangat yang ditunjukkan oleh mereka.

"Acad, boleh mintak tolong x? Tolong carikan definisi untuk setiap tajuk2 nie...", begitulah lebih kurang permintaan Afiq Muiz kepada saya. Di dalam hati kecil ini, saya mendoakan agar usaha keras mereka akan beroleh kejayaan, insyaAllah.

2. Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan MPPM sesi 08/09 dan juga sesi 09/10 yang baru dilantik.

Barisan kepimpinan MPPM 08/09 telah berjaya menjalankan amanat dan tanggungjawab mereka dengan baik sekali. Pada hemat saya, pentadbiran mereka adalah lebih sistematik dan lebih efisyen dalam menjalankan tugas berbanding dengan tahun2 sebelumnya. Pelbagai aktiviti2 baru berjaya dilaksanakan, MEKAR sendiri merupakan program yang julung2 kali diadakan. Patah tumbuh hilang berganti, buat barisan kepimpinan MPPM yang baru dilantik, semoga anda terus memartabatkan dan menerajui MPPM dengan lebih baik.

Create your own banner at mybannermaker.com!


Semester musim panas ini amat sinonim dengan pilihanraya dan mesyuarat agung sama ada drpd BEKAN mahupun PZ. Di Irbid ini, kita baru sahaja mengetahui nama2 calon yang akan dipertandingkan dalam pilihanraya yang akan dijalankan tidak lama lagi (klik sini). Kita dapat melihat beberapa nama besar seperti Muhammad Naqeb, Ahmad Ikhwan dan Afiq Muiz tersenarai dan tercalon. Nasihat saya untuk ahli yang akan mengundi, undilah dengan bijak. Pilihlah calon yang berkaliber dan layak untuk memegang tampuk pimpinan PERMAI yang akan datang.

Bagi pilihanraya BEKAN pula, lebih khusus lagi pilihanraya BKPJJ, saya menasihatkan ahli2 semua untuk mengundi saudara Ahmad Syahmi bin Yahya sebagai YDP anda yang baru. Saya tidak berniat untuk menghasut anda untuk mengundi beliau, namun beliaulah yang lebih layak untuk meneruskan kepimpinan BKPJJ kerana beliau lebih berkepimpinan berbanding calon2 yang lain...(matilah aku lepas nie kena marah dengan syahmi...huahuahua)

Nasihat saya kepada mereka yang akan dilantik untuk memegang jawatan, terimalah amanat yang telah diberikan dengan sebaiknya. Bertepatan dengan kata2 presiden MPPM yang baru, saudara Ahmad Syahrul Bin Adnan, "Menyedari kepimpinan atau jawatan itu, bukanlah satu kemuliaan tetapi merupakan tangungjawab dan amanat yang perlu dilaksanakan. Amanat itu merupakan satu taklifan wa la ta3dziman".

3. Tahniah diucapkan kepada para graduan yang telah berjaya khirij dan menamatkan study mereka.

Pasaran kerja di Malaysia sekarang ini memerlukan ramai graduan yang mahir dalam tiga aspek penting iaitu penguasaan IT, penguasaan Bahasa Inggeris, serta penguasaan kemahiran soft skill ataupun nilai tambah. Mungkin bagi graduan perubatan, tidak sukar untuk mereka mendapatkan kerja...."confirm dapat kerja punya"...itulah antara frasa yang sering diperkatakan oleh pelajar2 perubatan di sini. Tetapi, bukanlah soal peluang pekerjaan yang ingin saya tegaskan, apa yang lebih penting ialah untuk mempersoalkan sumbangan anda kepada negara setelah bertahun2 lamanya menghabiskan duit rakyat untuk belajar di Jordan ini.

Saya boleh katakan amat rugi sekiranya anda pulang ke Malaysia nanti hanya dengan membawa segulung ijazah tanpa membawa bersama tiga aspek yang saya sebutkan sebentar tadi. Kalau pulang bawa ijazah sahaja, tidak perlulah kerajaan bersusah payah untuk membawa pelajar ke luar negara. Sepatutnya bagi seorang mahasiswa Jordan khususnya, mereka tidak mempunyai masalah sekiranya disuruh untuk memberikan tazkirah, menyampaikan ceramah, menjawab persoalan2 agama, dan bermcm2 lagi perkara yang sepatutnya ada dalam diri mahasiswa tersebut. Dengan ini, barulah dikatakan mahasiswa yang terhangat di pasaran.

Semoga dengan khirijnya senior2 kita ini dapat menjadi inspirasi kepada mereka yang masih belajar agar dapat meneruskan perjuangan mereka di medan ilmu. "Tolabal ilmi minal mahdi ilal lahdi....tuntutlah ilmu daripada alam buaian hinggalah ke liang lahad"

nota kaki: untuk pengetahuan pembaca2 yang berada di luar Jordan
  • AGM= Annual Grand Meeting ataupun Mesyuarat Agung
  • MPPMJ= Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
  • Sakan Tolibat= asrama pelajar perempuan
  • BEKAN= Badan Kebajikan Anak Negeri
  • PZ= Persatuan Zon
  • PERMAI= Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid
  • BKPJJ= Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan
  • YDP= Yang Di-Pertua

Wallahua3lam

Saturday, July 4, 2009

MULAKAN LANGKAHMU

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, setelah sekian lama memendam perasaan untuk menulis blog, akhirnya terciptalah blog yang bertajuk "SafarKu di Bumi Syam" ini. Hopefully I will continue writing selagi mana diberi ruang dan peluang dari-Nya, insyaAllah...

Baiklah, sebelum saya memanjangkan lagi kalam saya, biar saya menjawab soalan berikut:

MENGAPA SAYA MENULIS BLOG?


Secara jujurnya, saya bukanlah orang yang pandai bermadah kata, pandai buat ayat bunga2, pandai menyusun bahasa, saya menulis blog ini atas tujuan untuk berkongsi pendapat dan idea, dan bukannya untuk membuang masa. Di sini jugalah wadah untuk saya menyampaikan dakwah tetapi perlu diingat, saya hanyalah seorang manusia biasa yang penuh dengan kesilapan dan sering alpa dengan kelalaian. Sebab itulah kita disuruh untuk senantiasa menegur sesama kita agar kita dapat sama2 muhasabah diri seterusnya memperbaiki kelemahan yang ada.

"Berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"
~Surah Al-'Asr:3

Mungkin ada di antara kamu yang membaca blog ini akan memberikan reaksi sebegini:

"Acad buat blog?! Tak caye la aku!!"

"Hek eleh...orang buat blog dia pon nak buat jugak..poyo la!!"

"Ala...sekejap je tu dia...lama2 dia dah tak update la blog dia tu"

Well sahabat2 sekalian, perjalanan beribu2 batu bermula dengan langkah yang pertama. Seandainya kita sudah tahu perjalanan yang akan kita tempuhi itu beribu batu panjangnya, tetapi sekiranya kita tidak mengambil langkah pertama, sampai bila2 kita takkan sampai ke destinasinya. This is my first step towards my thousands mile journey. Saya tahu, ramai di antara sahabat2 yang sudah memiliki blog buat sekian lama, ada berpuluh2 followers, bertimbun2 entry, siap ada website sendiri lagi. Apa yang saya harapkan ialah sokongan dan dorongan daripada kalian agar saya sendiri dapat sampai ke tahap seperti kalian juga, insyaAllah...

"Orang lain dah ada blog lama dah. Kenapa baru sekarang ko nak buat?"

Haa...ada banyak explaination sebenarnye kenapa baru sekarang terpikir nak buat blog ni. Yang pertamanya, rumah yang saya duduki sekarang ni baru ada internet. Terima kasihla kepada wi-tribe yang membolehkan saya untuk online without a line. Tak payah la lagi lepas ni nak merempat and merengek kat rumah orang lain utk dapatkan internet...huahua

Yang keduanya, baru sekarang saya ada minat untuk menulis blog. Before this, blogging is not my cup of tea. I admit, there still some parts of me that keep telling me not to write this entry, and that parts have been infected with a very deadly virus called MALAS. But now alhamdulillah, setelah mengambil Acyclovir RAJIN, that virus has been thrown away from my system....I hope after this I won't get infected again.


Baiklah, for my very first entry, saya ingin mengajak sahabat2 sekalian untuk berfikir. Fikir tentang apa? Fikirkan tentang diri kita sendiri.

Memetik kata2 lecturer Natural Resources saya, Doktor Muhammad Alrababah, "Humans are the only creature with mind. With that mind, they can think and after that they can react and take action in order to maintain the natural resources". Kata2 beliau membuatkan saya berfikir sejenak, itulah sebenarnya tugas kita sebagai manusia iaitu untuk menjadi khalifah di bumi Allah.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"~Al-Baqarah:30

Tetapi, kita seringkali terlupa, seringkali terleka, seringkali alpa akan tugas kita sebagai khalifah. Pelbagai kemungkaran dan kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini. Maksiat berleluasa di sana sini, malah terkadang orang yang melakukan maksiat ini tidak lain dan tidak bukan adalah sahabat kita sendiri. Saya pasti, kita semua sedar dan tahu akan perkara ini. Tetapi, apakah tindakan kita untuk memastikan bahawa perkara sebegini tidak akan berlaku lagi??

Sama2 kita fikirkan, moga2 kita sama2 mendapat manfaat...insyaAllah...

~Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri~

p/s: my blog is still under construction, but feel free to leave any comment and suggestion, I'll appreciate it.

Wassalam