Sunday, July 12, 2009

TERHANGAT DI PASARAN

Tahniah...tahniah ....dan tahniah!!!

1. Tahniah diucapkan kepada AJK program MEKAR dan juga Mesyuarat Agung MPPMJ yang baru sahaja dilangsungkan di Mafraq pada 10 & 11 Julai tempoh hari.

Alhamdulillah, program MEKAR dan AGM MPPMJ telah selamat dijalankan dengan penuh jayanya. Saya sebagai individu yang turut serta dalam program ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ajk2 yang terlibat kerana telah memberikan kerjasama serta komitmen yang baik sepanjang program ini dijalankan. Secara jujurnya, saya merasa agak kagum dengan pelaksanaan program ini dari awal hingga habis program.

Kami pelajar2 dari Irbid mula bertolak ke Mafraq pada malam hari Khamis around 8:30 o'clock (I think). Ketibaan kami disambut mesra oleh ajk penempatan, sampai sahaja di sana, kami di bawa oleh mereka terus ke penempatan yang disediakan. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Mafraq, specifically Universiti Al Al-Bayt. Kami ditempatkan di Sakan Tolibat di sana, dan saya difahamkan sakan ini tiada pelajar yang duduk kerana lokasinya yang agak jauh daripada dewan kuliah dan tempat2 lain. Terdetik juga di dalam hati saya, "Xde student ke yang duduk sakan nie, bukan ke ni sakan universiti?". Tapi xpelah, kalau takde orang yang duduk, kami pon duduklah kat situ. Alhamdulillah, tempat tinggal yang disediakan sememangnya sangat selesa....terdapat juga pelajar2 from Mu'tah yang sampai dahulu sebelum kami, sempat juga saya bersalaman dan bertegur sama dengan beberapa orang sebelum saya bergerak masuk ke dalam bilik.

Saya ditempatkan bersama team debat from Irbid yang diwakili oleh Naqeb, Afiq Muiz, Abdullah Azzam and Faiq Nabil. Sebelum tidur, sempat juga mereka berbincang mengenai tajuk2 yang akan dipertandingan pada hari esoknya. Mereka menggarap idea, membuat latihan, mempertajamkan hujah, sehingga membuatkan saya sukar untuk melelapkan mata dek melihatkan semangat yang ditunjukkan oleh mereka.

"Acad, boleh mintak tolong x? Tolong carikan definisi untuk setiap tajuk2 nie...", begitulah lebih kurang permintaan Afiq Muiz kepada saya. Di dalam hati kecil ini, saya mendoakan agar usaha keras mereka akan beroleh kejayaan, insyaAllah.

2. Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan MPPM sesi 08/09 dan juga sesi 09/10 yang baru dilantik.

Barisan kepimpinan MPPM 08/09 telah berjaya menjalankan amanat dan tanggungjawab mereka dengan baik sekali. Pada hemat saya, pentadbiran mereka adalah lebih sistematik dan lebih efisyen dalam menjalankan tugas berbanding dengan tahun2 sebelumnya. Pelbagai aktiviti2 baru berjaya dilaksanakan, MEKAR sendiri merupakan program yang julung2 kali diadakan. Patah tumbuh hilang berganti, buat barisan kepimpinan MPPM yang baru dilantik, semoga anda terus memartabatkan dan menerajui MPPM dengan lebih baik.

Create your own banner at mybannermaker.com!


Semester musim panas ini amat sinonim dengan pilihanraya dan mesyuarat agung sama ada drpd BEKAN mahupun PZ. Di Irbid ini, kita baru sahaja mengetahui nama2 calon yang akan dipertandingkan dalam pilihanraya yang akan dijalankan tidak lama lagi (klik sini). Kita dapat melihat beberapa nama besar seperti Muhammad Naqeb, Ahmad Ikhwan dan Afiq Muiz tersenarai dan tercalon. Nasihat saya untuk ahli yang akan mengundi, undilah dengan bijak. Pilihlah calon yang berkaliber dan layak untuk memegang tampuk pimpinan PERMAI yang akan datang.

Bagi pilihanraya BEKAN pula, lebih khusus lagi pilihanraya BKPJJ, saya menasihatkan ahli2 semua untuk mengundi saudara Ahmad Syahmi bin Yahya sebagai YDP anda yang baru. Saya tidak berniat untuk menghasut anda untuk mengundi beliau, namun beliaulah yang lebih layak untuk meneruskan kepimpinan BKPJJ kerana beliau lebih berkepimpinan berbanding calon2 yang lain...(matilah aku lepas nie kena marah dengan syahmi...huahuahua)

Nasihat saya kepada mereka yang akan dilantik untuk memegang jawatan, terimalah amanat yang telah diberikan dengan sebaiknya. Bertepatan dengan kata2 presiden MPPM yang baru, saudara Ahmad Syahrul Bin Adnan, "Menyedari kepimpinan atau jawatan itu, bukanlah satu kemuliaan tetapi merupakan tangungjawab dan amanat yang perlu dilaksanakan. Amanat itu merupakan satu taklifan wa la ta3dziman".

3. Tahniah diucapkan kepada para graduan yang telah berjaya khirij dan menamatkan study mereka.

Pasaran kerja di Malaysia sekarang ini memerlukan ramai graduan yang mahir dalam tiga aspek penting iaitu penguasaan IT, penguasaan Bahasa Inggeris, serta penguasaan kemahiran soft skill ataupun nilai tambah. Mungkin bagi graduan perubatan, tidak sukar untuk mereka mendapatkan kerja...."confirm dapat kerja punya"...itulah antara frasa yang sering diperkatakan oleh pelajar2 perubatan di sini. Tetapi, bukanlah soal peluang pekerjaan yang ingin saya tegaskan, apa yang lebih penting ialah untuk mempersoalkan sumbangan anda kepada negara setelah bertahun2 lamanya menghabiskan duit rakyat untuk belajar di Jordan ini.

Saya boleh katakan amat rugi sekiranya anda pulang ke Malaysia nanti hanya dengan membawa segulung ijazah tanpa membawa bersama tiga aspek yang saya sebutkan sebentar tadi. Kalau pulang bawa ijazah sahaja, tidak perlulah kerajaan bersusah payah untuk membawa pelajar ke luar negara. Sepatutnya bagi seorang mahasiswa Jordan khususnya, mereka tidak mempunyai masalah sekiranya disuruh untuk memberikan tazkirah, menyampaikan ceramah, menjawab persoalan2 agama, dan bermcm2 lagi perkara yang sepatutnya ada dalam diri mahasiswa tersebut. Dengan ini, barulah dikatakan mahasiswa yang terhangat di pasaran.

Semoga dengan khirijnya senior2 kita ini dapat menjadi inspirasi kepada mereka yang masih belajar agar dapat meneruskan perjuangan mereka di medan ilmu. "Tolabal ilmi minal mahdi ilal lahdi....tuntutlah ilmu daripada alam buaian hinggalah ke liang lahad"

nota kaki: untuk pengetahuan pembaca2 yang berada di luar Jordan
  • AGM= Annual Grand Meeting ataupun Mesyuarat Agung
  • MPPMJ= Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
  • Sakan Tolibat= asrama pelajar perempuan
  • BEKAN= Badan Kebajikan Anak Negeri
  • PZ= Persatuan Zon
  • PERMAI= Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid
  • BKPJJ= Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan
  • YDP= Yang Di-Pertua

Wallahua3lam

4 comments:

mida said...

i'm guessing dat BEKAN is suppose to be BAKAN rite??
spelling error..
hehe..

dR ArshaD said...

sebenarnye anda pun salah juga wahai mida...ejaan sebenarnya ialah BKAN, we're both wrong...tapi ape2 pon biar msg saya itu smpai...regardless ejaannye....

ApplePutih said...

errr..yeke??
jap nk check ..huhu
tp mcm tol je ejaan BKAN tu..
haha.
ok i admit..
my bad..


da~
(salam)

dR ArshaD said...

no biggie...human makes mistakes...:)