Wednesday, September 2, 2009

KEBERADAAN DI BAHRAIN

Salam....

Alhamdulillah, saya telah selamat sampai di Bahrain. Saya bersama tiga orang lagi iaitu Senior Syafiq Ali, Junior Afnan serta Sis Maisarah Zamzuri tiba di airport Bahrain hampir pada waktu maghrib. Kami berbuka di surau airport, usai berbuka kami tunaikan solat maghrib dan solat isyak jamak taqdim. Ketika entry ini sedang ditulis, kami sedang menunggu gate untuk dibuka, sementara menunggu itu saya berpeluang untuk connect internet dengan menggunakan perkhidmatan WLAN yang disediakan.

Ketika di dalam penerbangan, saya rasa sangat lapar memandangkan ada juga penumpang yang non-muslim menikmati makanan. Bau harum makanan itu sedikit sebanyak menyebabkan saya terliur juga. Walau apapun, itulah dia dugaan orang yang berpuasa. Kita bukan setakat berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi anggota2 badan yang lain juga turut berpuasa. Lantas, saya melupakan nafsu makan saya itu dengan melelapkan mata sambil2 lidah berzikir bertasbih, bertahmid, dan beristighfar kepada Zat Yang Maha Esa.

Sebelum turun dari kapal terbang, krew penerbangan Gulf Air memberikan juadah iftar kepada mereka yang berpuasa. Alhamdulillah, ada la juga makanan dalam flight yang dapat kami rasa.

Baiklah, sekain dahulu. Nanti saya sambung di Malaysia....

Wassalam...

1 comment:

Tinta Mustika said...

Assalamualaikum Dr Acad,

Semoga dirahmati Allah di bumi Anbiya'. Setelah penat belajar dan membaca, luangkanlah masa menulis. Moga-moga banyak manfaatnya.

Salam Ukhwah.